INFO SAYONG SERAMIK

Produk ini telah dikenali secara meluas diseluruh Negeri Perak terutamanya didaerah Kuala Kangsar.Ia diperbuat daripada tanah liat yang berkualiti yang cuma terdapat di Kampung Sayong, Kuala Kangsar.Oleh sebab itu ia diberi nama Sayong Seramik.

Dahulu tanah liat sayong cuma dijadikan tembikar untuk menyimpan air bagi kegunaan minuman yang dikenali sebagai Labu Sayong.Kini produk berasaskan tanah liat ini telah dikomersialkan sebagai produk hiasan bahkan mempunyai pelbagai rekabentuk yang menarik mengikut peredaran masa dan citarasa masa kini serta mengekalkan ciri-ciri kemelayuan.Diantaranya ialah pasu hiasan di rumah dan pejabat, lampu, cenderamata untuk perkahwinan dan sebagainya.

No comments: